RSS

LeFooty - The Latest Football Highlights,Soccer Video,Live Football

↑ Add This To Your Blog

Ramadhan

Pagi ini adalah sahur yang ketujuh untuk Ramadhan tahun ini.Bermakna genap seminggu seluruh umat menjalankan ibadat puasa.Apa ada kelainan pada puasa kali ini atau ada perbezaan suasana berbanding dengan yang lalu.

Pasar Ramadhan atau Bazaar Ramadhan memang tidak boleh dipertikaikan lagi kebanjiran pengunjungnya.Bermula seawal jam 4 petang , seakan semut menyerang payungan gerai mencari santapan.Menarik memerhatikan gelagat mereka ini.Pelbagai ragam dan gaya.Untung jugak untuk mereka yang tidak beragama islam.Makanan yang sedap sedap ada beratur atas meja.Bayar je kenyang!

Tapi dalam sedang melihat orang yang mengunjung ada juga orang menjual yang mengambil kesempatan.Ada suatu artikel dalam akhbar tempatan yang mengatakan ada peniaga bazaar Ramadhan menjual ayam yang busuk.Apa kes?!

Air tebu,cendol,murtabak,ayam percik,ayam golek,popia basah,nasi kukus ayam dara, antara juadah yang telah dijamah sewaktu berbuka setelah 5 tahun tidak bersua.Adios!

Apple iPhone bakal dibawa masuk Maxis

Setelah mencetuskan kegilaan ramai selepas pelancaran iPhone generasi pertama setahun yang lalu,kini Apple meneruskan lagi kekuatan gadjet terbaru mereka,iPhone 3G.Telah dilancarkan pada 11 Julai lalu,ia membuatkan seluruh penggila gadjet tidak senang duduk.Dibeberapa buat negara yang telah mula menjual iPhone 3G pada 11 Julai di serbu seawal 24jam sebelum pelancaran.Beratur,duduk,berkhemah itu perkara biasa.

Dan semalam Maxis Communication mengatakan bakal membawa masuk iPhone 3G ke Malaysia.Ini adalah suatu yang sangat dinantikan oleh penduduk Malaysia.Tetapi adakah menjadi kenyataan atau tidak hanya bergantung kepada Maxis atau mana mana penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

Walaubagaimanapun,adakah iPhone 3G yang bakal dibawa masuk itu  terikat dengan kontrak penyedia perkhidmatan telekomunikasi atau tidak?Sepertimana yang diketahui umum majoriti telefon mudah alih di Malaysia tidak terikat dengan mana mana kontrak syarikat telekomunikasi.Apakah yang akan berlaku sekiranya iPhone 3G terikat bersama syarikat telekomunikasi atau lebih diketahui sebagai locked.

Pasaran telefon mudah alih Malaysia adalah memberansangkan namun sebahagian besar pengguna adalah dari golongan remaja.Dan ini mungkin akan memberikan sedikit kesan kepada golongan pengguna terbesar negara.

Walau apa pun,Maxis mengatakan bahawa harga bagi sebuah iPhone 3G yang bakal dibawa masuk adalah dibawah RM1000!Whhhoooottt!!Nantikan samada penantian Apple iPhone ke Malaysia adalah realiti atau fantasi.

Debat Anwar Ibrahim vs Ahmad Shabery

Utusan Malaysia kantoi!

Aduhai Utusan Malaysia ni,kantoi bodoh je!

Tahu la sedut berita orang lain,tapi tukang terjemah tu pun bagi la teliti sikit.Aku bukan ape,saje je.Tapi lawak juga sekali pikir.Apa apa hal pun kepada orang yang buat terjemah berita ni aku harap dapat meningkatkan lagi tahap ketelitian yer.Kalau kantoi macam ni lagi sekali,buat malu je.Satu dunia woo baca..hehe

Apa ada dengan Statistik blog.

Aku sudah update stat terbaru salah satu blog aku.Gambar pertama adalah semasa entri ini dibuat dan gambar kedua adalah selepas 2 hari entri ini di pos.Agak teruja bagi aku melihat data statistik blog terbaru aku ini.Walaupun mungkin bagi orang lain tidak berapa teruja,tapibagi aku ini adalah rekod peribadi!

Apa apa pun aku akan update perkembangan terkini statistik blog aku.Stay tune!

p/s:Untuk catzer,blog aku itu bukan berkaitan dengan Wordpress Theme.hehehe!