RSS

LeFooty - The Latest Football Highlights,Soccer Video,Live Football

↑ Add This To Your Blog

Utusan Malaysia kantoi!

Aduhai Utusan Malaysia ni,kantoi bodoh je!

Tahu la sedut berita orang lain,tapi tukang terjemah tu pun bagi la teliti sikit.Aku bukan ape,saje je.Tapi lawak juga sekali pikir.Apa apa hal pun kepada orang yang buat terjemah berita ni aku harap dapat meningkatkan lagi tahap ketelitian yer.Kalau kantoi macam ni lagi sekali,buat malu je.Satu dunia woo baca..hehe

Apa ada dengan Statistik blog.

Aku sudah update stat terbaru salah satu blog aku.Gambar pertama adalah semasa entri ini dibuat dan gambar kedua adalah selepas 2 hari entri ini di pos.Agak teruja bagi aku melihat data statistik blog terbaru aku ini.Walaupun mungkin bagi orang lain tidak berapa teruja,tapibagi aku ini adalah rekod peribadi!

Apa apa pun aku akan update perkembangan terkini statistik blog aku.Stay tune!

p/s:Untuk catzer,blog aku itu bukan berkaitan dengan Wordpress Theme.hehehe!

WTF Moment - Curi Seluar Dalam Jiran

Hari yang bersejarah dalam karier blogging aku rupanya jatuh pada hari ini.

Untuk pengetahuan semua blog aku tiada membincangkan cara cara atau kaedah berkesan untuk mencuri seluar dalam jiran sekeliling.Namun apa yang pasti bagi kata kunci “curi seluar dalam jiran”,kedudukan blog aku adalah ditangga ke 11.Sekali lagi dikedudukan teratas muka kedua.Sanggup mencari hingga beberapa page.Sah gila.Pehh!

Manusia mana yang sangat gersang sehingga mahu mencari apa apa maklumat berkenaan curi seluar dalam jiran itu aku tidak pasti.Apa yang difikirkan oleh manusia itu sesungguhnya hanya dia dan rakan seperjuangannya yang mengerti.

Page dimana aku ada menulis satu berita yang tersiar di akhbar tempatan suatu masa dulu mungkin salah satu faktor utama.Sila ke sini untuk membaca entri tersebut.

Lihat imej dibawah untuk bukti yang lebih kukuh.WTF Moment bagi tahun 2008!Cis.
Baca artikel sepenuhnya

7 Perkara - Tagged!

Ini adalah sesi menjawab tag kali ke berapa gue tidak pasti.Tapi gue yakin tag ini yang gue jawab adalah dalam kiraan 3 kebawah sahaja.Ya!gue cukup yakin.Tag ini dikenakan oleh Syam. Salam perkenalan buat bro!

7 Fakta Tentang Aku

  1. Orang panggil aku kat luar dengan nama due.Kalau dalam family aku dipanggil Yong.
  2. Aku adalah seorang lelaki yang masih teruna.
  3. Aku bakal mencecah suku abad tahun 2008.
  4. Aku adalah seorang pelajar sepenuh masa & freelancer.
  5. Anak sulung dari 4 adik beradik,2 lelaki dan 2 perempuan.
  6. Seorang perokok tegar sejak hampir sedekad lalu.
  7. Masih lagi single. :)

7 Perkara Menakutkan Aku

  1. Allah tuhan semesta alam.
  2. Aku takut kecewa untuk kesekian kalinya
  3. Agak takut untuk berterus terang dengan orang orang tertentu.
  4. Aku takut kehilangan orang orang tersayang.Walaupun itu pasti berlaku.
  5. Aku takut tidak dapat menjalankan tugas & harapan yang diberi sebaiknya.Cuak seyy!
  6. Aku takut mati!
  7. Takut tak dapat jaga anak orang dengan baik.Fuhh!

7 Lagu Buat Masa Sekarang

  1. Creep by Radiohead
  2. Reptilia
  3. All of Butterfingers
  4. The Best of Nirvana
  5. Saleem
  6. Nothing Else Matters
  7. Shonan no Kaze

7 Pertama Kali Dalam Hidup Aku

  1. Pertama kali datang sini Mac 2004
  2. Pertama kali ku cintai tahun 1999.Sudah berlalu lama da wei!
  3. Pertama kali ada kenderaan sendiri tahun 2007
  4. Pertama kali jejak Taipei,Hong Kong,Guangzhou tahun 2005.
  5. Pertama kali kena debik tahun 2005.Adeihh..sakit wei!
  6. Pertama kali dapat hasil dari internet tahun 2006.
  7. Pertama kali aku tengok lapangan terbang yang ada sarang labah labah,keadaan sama macam balai raya adalah di Taipei tahun 2005.

Syam,gue harap serba sedikit tentang gue diatas dapat menambahkan lagi rangkaian geng siber.Itu antara yang sempat lalu dalam kepala gue sekarang.

Harga Minyak Petrol Tertinggi Dalam Sejarah!

Akhirnya setelah beberapa ketika kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol seluruh negara berkuat kuasa jam 12 tgh malam tadi.Kenaikan yang paling tinggi dalam sejarah itu juga bakal menyaksikan pelbagai reaksi rakyat negara yang rata rata “panas” dengan kepimpinan sekarang.Ini dapat aku kategorikan sebagai WTF Moment untuk 2008!

Kenaikan RM0.78 itu bermakna harga untuk 1 liter petrol meningkat dari RM1.92 kepada RM2.70.Peningkatan hampir RM1 itu juga bakal membawa bencana kepada keseluruhan barang keperluan yang dijangka akan meningkat harga secara mendadak dalam masa terdekat.Kekesalan rakyat terhadap pengumuman itu tidak dapat disembunyikan lagi dari riak wajah yang memikirkan apakah jalan penyelesaian atau cara paling efektif bagi menangani pelbagai isu yang bakal muncul nanti.
Baca artikel sepenuhnya